Monday, 9 April 2012

TEMBOK BESAR CHINA


Tembok Besar China merupakan antara 7 keajaiban dunia.Tembok Besar China merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuhkan antara akhir abad ke-14 sehingga abad ke-17 semasa Dinasti Ming.Tembok ini dibina untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongolia dan Turkik.
Panjang Tembok Besar China ini ialah lebih kurang 7000 km, daripada Shanhanguan sehingga ke Teluk Bohan di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan  China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.




Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

1 comment: