TEMBOK BESAR CHINA
Tembok Besar China merupakan antara 7 keajaiban dunia.Tembok Besar China merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuhkan antara akhir abad ke-14 sehingga abad ke-17 semasa Dinasti Ming.Tembok ini dibina untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongolia dan Turkik.
Panjang Tembok Besar China ini ialah lebih kurang 7000 km, daripada Shanhanguan sehingga ke Teluk Bohan di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan
Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan
beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang.
Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud
hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian
besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini,
dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur
terpanjang di Bumi'.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil
pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur
dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda
Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini
ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu
Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah
dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di
bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu)
di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.